Saturday 29 April 2017

KENALI MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAM (MAKDIS)

Share On Facebook ! Tweet This ! Share On Google Plus ! Pin It ! Share On Tumblr ! Share On Reddit ! Share On Linkedin ! Share On StumbleUpon !

  



PENDAHULUAN


Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah sebuah organisasi yang terletak di bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah sebagai penyelaras kepada semua kegiatan kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di seluruh Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.



SEJARAH LATAR BELAKANG


Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau  dikenali sebagai Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Bahagian Pelajaran dan Agama Kementerian Pendidikan  dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 (44) bertarikh 21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa.

Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada bulan Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM ialah merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini dengan rasminya telah menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS).



OBJEKTIF

  • Merancang semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di semua peringkat.
  • Menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Negara.
  • Memastikan aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Author:

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment

 
Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger